Posts

Showing posts from November, 2016

AKU DAN JORDAN ADAKAH BERJODOH?

  BISMILILLAHIRRAHMANIRRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG  AKU MENULIS DENGAN BERKAT NAMAMU Setiap kali  memasak didapur adakalanya segan juga untuk bersembang dengan pelajar asing disini. Meskipun datang dari pelosok negara yang berbeza kami adalah sama iaitu datang dari leluhur nasab keturunan Adam A.S. KAMU DARI NEGARA MANA Soalan itu yang kerapkali ditanya kepada saya saat memasak didapur sakan(asrama). Bila dijawab datang dari Malaysia mereka cukup teruja sekali kerana bagi mereka kami ini sanggup datang dari jauh meninggalkan kampung halaman, keluarga tercinta pastinya dengan tujuan dan impian yang cukup besar sekali iaitu untuk menimba ilmu bagi meningkatkan taraf pendidikan dan kualiti ilmu pengetahuan serta mencari pengalaman hidup yang pastinya cuma sekali seumur hidup bergelar pelajar luar negara. Bukan berniat untuk berbangga cumanya saya kerapkali menunda posting di facebook kerana bimbang orang mengata aku riak dan seb...