Posts

Showing posts from July, 2017

DUNIA SUDAH TERBALIK

         BISMILLAH WALHAMDULILLAH                  SEMOGA PENULISAN INI                         MENJADI ASBAB            UNTUK MENUJU  KE SYURGAMU Baru-baru ini riuh group WhatsApp batch apabila kad kahwin salah seorang ahli batch kami dikirim ke laman sosial tersebut. Ramai antara kami yang terkejut kerana tidak menyangka 'syabab' tersebut bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang akhawat dari batch sebelumnya. Saya yang ingin turut menzahirkan kegembiraan tanpa berfikir banyak terus menyebarkan kad kahwin tersebut melalui WhatsApp story namun 10minit kemudian saya menerima kiriman WhatsApp dari seseorang yang juga sahabat saya yang meminta untuk tidak menyebarkannya terlebih dahulu demi menjaga kemaslahatan. Jadi saya tanpa ada masalah terus men'delete' kembali story saya tersebut kerana mengiyakan pendapatn...