Posts

Showing posts from January, 2016

Ikhlaskah Aku??

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله Alhamdulillah syukur atas rahmatNya hari ini berpeluang lagi untuk saya bertinta pada penulisan kesekian kali ini. Mudah-mudahan tulisan ini menjadi bukti dakwah kecil yang cuba saya sampaikan untuk bekalan saya di akhirat nanti InsyaAllah... Ikhlas menjadi fokus utama pada tinta kali ini. Semalam, alhamdulillah saya sempat mendengar sebuah ceramah agama yang menampilkan beberapa daie yang agak terkenal saya kira. Bukan orangnya yang cuba untuk saya tonjolkan tetapi penyampaiannya begitu menekan sanubari saya. Minda saya diketuk Penyampaian ustaz itu yang bersahaja disamping unsur jenaka yang diselitkan secara sedar mahupun tidak ada yang setempek terkena pada batang hidung saya. Itu saya memang akui.Malu juga pada diri sendiri. Nak tahu apa katanya??? "Seringkali kita, umat Islam apabila nampak saja perempuan tak pakai stokin kaki.  Ha, kaki tu aurat. Satgi kaki tu Allah kerat masuk neraka jahanam. Begitu juga...

Kita ini nafsi-nafsi

Image
                        بسم الله الرحمن الرحيم                       السلام عليكم ورحمة الله Alhamdulillah..hari ini sekali lagi Allah mengizinkan tinta ini berbicara pada penghulu hari yang berkah ini. Sekali lagi juga Allah mengizinkan jari jemari ini berpena untuk berkongsi secangkir ilmu buat tatapan semua terutama bagi mentarbiah jiwa saya yang juga dahagakan kalam-kalam berharga dari para murabbi dan daie di luar sana. Izinkan jiwa ini berbicara Teringat saya akan pesanan guru saya, al fadhil Ustaz Suhaimi Abu Hasan dalam pengajian saya baru-baru ini. "Hati orang yang bertakwa itu mudah merasa bersalah tatkala melakukan dosa" Saya muhasabah balik pada diri saya yang kerdil ini. Muhasabah itu bukan bermaksud mencari kebaikan pada diri tetapi mengambil iktibar di atas kesilapan dan cuba memperbaikinya. Saya akui sebagai seorang insan, adakalanya kita se...

Nama kedua selepas ibumu..ibumu..ibumu

                               ~السلام عليكم~ Satu-satunya lelaki yang tidak akan pernah mengecewakan kita Satu-satunya lelaki yang akan memenuhi segala keinginan kita Satu-satunya lelaki yang takkan pernah lelah melayan karenah kita Dialah ayah Dialah abah Dialah abi Dialah abuya Dialah walid Dialah appa Dialah papa Dialah daddy Dialah lughatul alam Dialah nama kedua selepas ibumu Ibumu...ibumu Dialah insan yang menjadi asbab kelahiran kita didunia selain ibu  Kelahiran kita... Anak yang lahir hasil benih suci mereka Insan yang sentiasa tenang tanpa lakaran senyuman di wajahnya Insan yang sentiasa memerah keringat membesarkan kita Menyediakan kemewahan sedayanya dia Membina istana kecil  Dimana  Ayah adalah raja Ibu adalah permaisuri Dan kita.. Kita putera puteri Yang menyempurnakan istana kecil impiannya Dia yang pertama...

Hati ibarat kuali

                             السلام عليكم Semua pembaca yang disayangi Allah sekalian. Moga-moga tinta kali ini menjadi kalam-kalam berguna buat saya dan kita semua InsyaAllah. Tiba-tiba seusai solat maghrib tadi saya mendapat ilham yang muncul berkat dariNya yang saya fikirkan menarik untuk perkongsian bersama. Teringat akan satu hadis daripada baginda nabi s.a.w yang lebih kurang seperti ini: "Dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya namun jika buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuh manusia. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati(iman) manusia". Kotor dosa Hidup didalam dunia akhir zaman yang penuh dengan pelbagai fitnah dan tribulasi yang pelbagai adakala hati saya agak takut untuk keluar menuju dunia luar.  Bukan takut akan perubahan yang semakin pesat dan bimbang dianggap kuno tapi saya lebih takut 'hati' saya i...

Aku dicuba

Assalamualaikum readers... Setelah sekian lama nampaknya saya tak update sebarang perkongsian sampaikan saya sendiri dah lupa pasword blog nie..haha macam kelakar pulak. Dan alhamdulillah juga selepas saya bergelut dengan final exam yang telahpun berlalu beberapa minggu yang lalu kini saya kembali untuk membawa lebih banyak perkongsian yang mungkin dapat memberi manfaat bersama.. Sebenarnya setelah berbulan saya tidak menulis blog, banyak benda sebenarnya yang terjadi baik yang disedari mahupun tidak. Boleh dikatakan hampir semua situasi tersebut membuatkan saya lebih muhasabah diri dan cuba membuat analogi sendiri dengan menghubungkan apa yang berlaku adalah dengan kekuasaan Illahi sementelah diri saya sendiri sentiasa berserakan kelemahan disana sini yang masih cuba untuk dibaiki. Bermula dengan kejadian sewaktu saya bertemu dengan salah seorang mak cik yang mengusahakan sebuah kedai makan. Tanpa diduga dia mempelawa saya untuk membantunya menjadi waitress disebabkan pekerjanya...