Nama kedua selepas ibumu..ibumu..ibumu
~السلام عليكم~
Satu-satunya lelaki yang tidak akan pernah mengecewakan kita
Satu-satunya lelaki yang akan memenuhi segala keinginan kita
Satu-satunya lelaki yang takkan pernah lelah melayan karenah kita
Dialah ayah
Dialah abah
Dialah abi
Dialah abuya
Dialah walid
Dialah appa
Dialah papa
Dialah daddy
Dialah lughatul alam
Dialah nama kedua selepas ibumu
Ibumu...ibumu
Dialah insan yang menjadi asbab kelahiran kita didunia selain ibu
Kelahiran kita...
Anak yang lahir hasil benih suci mereka
Insan yang sentiasa tenang tanpa lakaran senyuman di wajahnya
Insan yang sentiasa memerah keringat membesarkan kita
Menyediakan kemewahan sedayanya dia
Membina istana kecil
Dimana
Ayah adalah raja
Ibu adalah permaisuri
Dan kita..
Kita putera puteri
Yang menyempurnakan istana kecil impiannya
Dia yang pertama mengazan dan iqamatkan kita
Dia yang mendodoi kita pada kenyeyakan tidur penghuni lain
Dia menjadi pembantu ibu
Saat ibu tidak berdaya melakukan semuanya sendirian
Dialah ayah kita
Ayah yang ada bersama kita saat ini
Uban yang memenuhi rambut
Tanda umurnya kian berpenghujung
Tanda dia makin memerlukan perhatian kita...anak-anaknya
Bukan wang ringgit ataupun banglo mewah
Dia tidak ingin semua itu
Dia mahukan kasih dan sayang kita padanya wahai anak
Cinta kita....andai kita mengerti
Wahai anak........
Dia pendengar kita yang sering mendengar setiap permasalahan dan menyelesaikan segalanya tanpa jentikan emosi
Dia akan menenangkan kita saat jiwa kita berkecamuk tidak tentu arah
Dia insan kedua yang menanti kelahiran kita ke dunia ini
Dia yang sentiasa menjeruk rasa
Menyembunyikan emosi untuk mendidik kita
Dikala ibu terlalu rapuh..ayah menjadi akar yang kuat
Tidak sesekali membiarkan istana kecilnya rapuh begitu saja
Oh ayah...aku rindukan belaianmu
Aku rindu biar kau tetap dihadapanku
Biar engkau ada dekat denganku
Kerna aku takut kehilanganmu
Aku takut wahai ayah...
Comments
Post a Comment