Beautiful lines
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MasyaAllah cuaca panas yang mencecah suhu antara 36-38°C nie cukup untuk mengeringkan dedaun hijau yang menjalar disekitar perumahan. Dalam rumah pula memang tak payah cakap. Macam duduk dalam microwave. Semoga panas yang kita rasai saat ini tidak akan rasai di akhirat nanti saat menanti timbangan hisab di mahsyar kelak.Nauzubillahi min zalik...
Posting pada kali ini sebenarnya nak kupas sikit tentang isu-isu yang seringkali berlaku dekat sekeliling kita tetapi kerapkali idea itu tidak sampai di jiwa untuk direalisasikan pada penulisan kami. Takpa insyaAllah biiznillah saya akan kongsi sekadarnya cuma yang termampu untuk tatapan semua.
Bagaimana saya menulis
Ramai yang bertanya saya, macamna saya boleh mereka suatu kata-kata yang boleh buat orang deep weh. Sentap..makan dalam. Mereka mengaku yang kadang-kadang mereka mahu menulis seperti saya. Ayat yang sampai pada jiwa. Tulisan yang boleh buat orang terkesan dengan kata-kata kita.
Inilah jawapan saya...
'Tulislah melalui hati'
Mereka cakap kami pun menulis dari hati.
Saya menjawab kerana hati kamu itu tidak sampai ke jiwa korang. Apa pula maksudnya?? Mereka pun hairan.
Tulislah dengan pena jiwa
Jarang sekali kata-kata saya 'menjadi' jika tidak datangnya ilham itu dari jiwa naluri saya. Saya akan menulis apabila hati saya benar-benar ingin menulis. Jadi, saya tidak akan mampu untuk mengupdate post, ig atau moment pada mana-mana social media jika saya tidak teringin untuk melakukannya.
'Dalam erti kata lain, saya akan menulis apabila saya mahu saja'
Saya tidak boleh memaksa diri untuk menulis atau membina ayat-ayat indah jika jiwa dan hati saya tidak bersedia untuk meluahkannya.
Dulu, sewaktu awal-awal sem saya di kolej kawan saya ada juga minta saya untuk tuliskan satu 'ayat special' untuk dimuatkan dalam postingnya di social media. Sungguh, saya berani cakap idea saya pada masa itu tak datang. Tak tahulah kenapa, gabungan kata-kata saya seakan tiada umphh. Ibarat teh tarik kurang susu.
Selepas itu barulah saya perasan, saya tidak ada bakat menulis secara spontan apabila diminta secara mendadak.Sory geng:)
Idea yang datang
Habes itu bila waktunya pula idea saya yang suci murni tu datang??
Ia akan datang bila saya duduk sorang-sorang dan ada benda yang berlaku kepada saya sebelumnya. Contoh macam saya pergi melawat seorang rakan yang terlantar di hospital akibat kemalangan. Saya ambil ibrah dari kejadian itu. Dan saya tidak akan pulang dengan tangan kosong. Lepas saya balik dari melawat, akan muncullah kata-kata yang saya sendirk tak expect orang akan suka, tak kurang juga yang deep. Tapi, terus terang saya cakap, tulisan saya tidak pernah merujuk kepada sesiapa bagi tujuan menyinggung perasaan ataupun dendam. Macam saya cakap tadi, saya menulis dengan jiwa. Bukan dengan perasaan.
Bila menulis dengan perasaan
Akibat yang kita akan dapat bila emosi menguasai perasaan ialah ayat-ayat yang ditulis tu automatik akan berunsur negatif dan buat orang rasa something wrong somewhere gitu. Senang cakap, korang akan gagal untuk menyentuh hati-hati orang untuk lebih feel.
Itu adalah hakikat
Reader akan rasa menyampah dengan post tu dan sekaligus mengurangkan minat dia untuk follow penulisan korang lagi tak kiralah kat mana-mana social media.
Tapi, bagi jenis yang tak kesah atau tak ambik port langsung tu mungkin sokay je kot. Sekadar santapan mata jer..mungkin no hal.
Bagi saya, kawalan emosi itu penting bagi menjana lebih banyak ilham datang menyinggah dalam tulisan anda. So, rajinlah-rajinlah muhasabah diri untuk mencedok lebih banyak aura-aura positif bagi menyedapkan lagi post-post di newsfeed ataupon moment korang semua.
So, tunggu apa lagi. Jom menulis..
Moga bermanfaat

Comments
Post a Comment