Posts

Showing posts from December, 2016

SAAT KAU MERASA PUAS-BAHAGIAN 2

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH DENGAN BERKAT NAMAMU AKU MENULIS AGAR MENJADI WASILAH  UNTUKKU  LEBIH TAQARRUB DENGANMU SAYA SEDANG BERUSAHA Saya sudah berusaha untuk hafal alquran, saya sudah berusaha untuk faham alquran tapi tenyata saya saya gagal untuk beriktikad dengan alquran. Saya gagal.Saya menjadi manusia yang paling lemah jiwa dan akal untuk benar-benar memahami maksud al-quran. Barulah kini saya sedar mengapa saya mash lagi leka dengan maksiat sedangkan kalam-kalam Allah sudah jelas terpampang di dalam al-quran. Kita lali dengan dunia hanya kerana kita tidak mengambil ibrah dari al-quran. Allah telah pun memberi amaran kepada manusia yang disibukkan dengan keduniaan sedangkan kematian sudah mula menjelang mendekati hati-hati yang jauh dengannya. Saya tidak menjadikan al-quran itu sebagai jalan hidup saya yang jitu. Saya hanya mengambil permukaan alquran sedangkan dasarnya masih belum terselam. Betapa saya dan manusia harini tid...

SAAT KAU MERASA PUAS-BAHAGIAN 1

ASSALAMUALAIKUM  DENGAN BERKAT NAMAMU AKU MENULIS JADIKAN KALAM-KALAM INI SEBAGAI WASILAH UNTUK AKU LEBIH TAQARRUB DENGANMU Kuliah Tarbiah Atfal saban minggu sangat memberikan saya kesedaran betapa pentingnya pembentukan seorang anak dari kecil sehingga mencapai usia balighnya. Dan kali ini saya benar-benar tertarik pada syarahan Doktor Mahmud Meghdadi mengenai tarbiyah islam pada penyempurnaan akhlak anak-anak. Memetik dari kata-katanya, "Hanya tarbiyah Islam sahaja yang mampu menyempurnakan anak-anak. Selain daripada agama Islam tiada kaedah lain yang mampu untuk menjadikan pendidikan anak itu menjadi lebih sempurna. Kerana Islam itu sendiri terdiri daripada Islam, iman, dan ihsan. Tarbiah imaniah adalah uslub pertama yang  diketengahkan dalam islam.. Ianya menepati ciri-ciri mukmin yang sejati. Tetapi seseorang yang Islam tidak semestinya beriman, namun yang beriman pastinya Islam. Kerana bilamana dia beriman sudah yakin dan pasti  dia akan solat, berpuasa,zak...