SAAT KAU MERASA PUAS-BAHAGIAN 1

ASSALAMUALAIKUM 
DENGAN BERKAT NAMAMU AKU MENULIS
JADIKAN KALAM-KALAM INI SEBAGAI WASILAH UNTUK AKU LEBIH TAQARRUB DENGANMU

Kuliah Tarbiah Atfal saban minggu sangat memberikan saya kesedaran betapa pentingnya pembentukan seorang anak dari kecil sehingga mencapai usia balighnya. Dan kali ini saya benar-benar tertarik pada syarahan Doktor Mahmud Meghdadi mengenai tarbiyah islam pada penyempurnaan akhlak anak-anak. Memetik dari kata-katanya, "Hanya tarbiyah Islam sahaja yang mampu menyempurnakan anak-anak. Selain daripada agama Islam tiada kaedah lain yang mampu untuk menjadikan pendidikan anak itu menjadi lebih sempurna. Kerana Islam itu sendiri terdiri daripada Islam, iman, dan ihsan. Tarbiah imaniah adalah uslub pertama yang  diketengahkan dalam islam.. Ianya menepati ciri-ciri mukmin yang sejati. Tetapi seseorang yang Islam tidak semestinya beriman, namun yang beriman pastinya Islam. Kerana bilamana dia beriman sudah yakin dan pasti  dia akan solat, berpuasa,zakat, haji dan sebagainya.


BAGAIMANA KITA DENGAN ALQURAN

Seringkali saya termenung sendirian betapa banyak perkara yang saya lalaikan sejak meningkat dewasa ini. Apatahlagi sejak menyambung pelajaran ke peringkat degree saya menyedari bahawa saya sudah semakin jauh dengan Al-quran. Saya kurang melazimi al-quran. Saya kurang berdamping dengan al-quran. Ketika zaman diploma saat berada di semester 2-3 saya sangat rajin melazimi al quran saban pagi sebelum melangkah keluar ke kelas. mungkin pada ketika itu saya baru berjiank-jinak untuk berubah dan berhijrah ke arah satu dimensi yang lebih baik. Mungkin sejak itulah saya mulai leka sedikit demi sedikit.

Setelah menunaikan solat sunat dhuha jika masa yang ada masih berbaki beberapa minit sebelum keluar rumah saya akan mengambil al-quran dan membacanya. Bukan niat saya disini mahu mengangkat diri tetapi sabagai salah satu medan untuk muhasabah semula diri saya yang semakin jauh dengan al- quran.Untuk menyatakan bahwa saya juga manusia lemah yang selalu lalai dan alpa.Betapa malunya saat tangan-tangan ini menulis aib-aib saya dihamburkan namun saya tetap ingin menintanya di ruangan ini untuk menjadi pengajaran buat kita semua.

Terus terang saya katakan saya mampu menghabiskan sebuah surah pendek setiap pagi seperti waqiah, ad-dukhan atau lain-lain. Tetapi pada hari ini sangat jarang sekali saya bagi saya untuk istiqamah setiap kali ada waktu terluang apatahlagi perkhidmatan Internet di Jordan menawarkan kapasiti internet 25gb setiap bulan apatahlagi dengan baki offpeak saya yang masih banyak berbaki menjadikan saya ketagih untuk menonton youtube,facebook serta instagram atas alasan mahu mendapatkan info dan berita terbaru terutamanya dari Malaysia. Sedangkan saya sendiri terlupa untuk meng'upadate' bacaan al-quran yang telah lama saya kuburkan didalam longgokan kelalian yang semakin menyimpang jauh.


PESANAN DOKTOR

Doktor Mahmud menggariskn tiga panduan dalam membaca al-quran iaitu hifz(hafal), faham dan iktikad. Saya tertarik dengan point ketiga yang doktor berikan didalam kelas tarbiyah atfalnya hari itu. IKTIKAD. Satu perkataan yang cukup untuk menambah kepedihan didalam hati saya seakan bernanah didalamnya sehingga menghamburkan luka-luka lama yang tersimpan disebalik kulit yang terkoyak. Sedikit sebanyak ada ayat-ayat al-quran yang saya hafal walaupun adakalanya terlupa kerana gagal untuk murajaah semula. Ya mungkin itu kekurangan saya yang sangat ketara. Sikap pemalas itu harus disingkir sesegera mungkin tetapi sekurangnya saya masih kearah itu. Mewajibkan diri menghafal surah amma yang bermula dari juz 29-30 selain ia adalah madah wajib jamiah iaitu madah tilawah. Saya juga mewajibkan diri untuk membaca tafsir bagi setiap ayat al-quran dari surah yang telah dibaca selepas selesai solat maghrib iaitu masa wajib bagi saya membaca al-quran walau cuma 4 muka sehari.Banyak jumlahnya  bagi orang yang jarang membaca al-quran tetapi sangat sedikit bagi sesiapa yang rajin berdamping dengannya.Bagi saya jumlah itu masih sedikit dan perlu ditingkatkan lagi. Namun yang menggusarkan benak saya adalah sangat jarang bagi saya untuk bertaamul dengan al-quran. Saya sangat jarang menjadikan al-quran sebagai sumber saya untuk menjadi manusia lebih baik. Nak tahu apa cerita seterusnya?

Nantikan di posting seterusnya.INSYAALLAH...

Comments

Popular posts from this blog

Kita ini nafsi-nafsi

Hati ibarat kuali

Beautiful lines