Posts

DUNIA SUDAH TERBALIK

         BISMILLAH WALHAMDULILLAH                  SEMOGA PENULISAN INI                         MENJADI ASBAB            UNTUK MENUJU  KE SYURGAMU Baru-baru ini riuh group WhatsApp batch apabila kad kahwin salah seorang ahli batch kami dikirim ke laman sosial tersebut. Ramai antara kami yang terkejut kerana tidak menyangka 'syabab' tersebut bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang akhawat dari batch sebelumnya. Saya yang ingin turut menzahirkan kegembiraan tanpa berfikir banyak terus menyebarkan kad kahwin tersebut melalui WhatsApp story namun 10minit kemudian saya menerima kiriman WhatsApp dari seseorang yang juga sahabat saya yang meminta untuk tidak menyebarkannya terlebih dahulu demi menjaga kemaslahatan. Jadi saya tanpa ada masalah terus men'delete' kembali story saya tersebut kerana mengiyakan pendapatn...

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG

Image
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MASIH MENGHUJANIKU DENGAN RAHMATNYA DAN JADIKANLAH PENULISAN INI SEBAGAI ASBAB UNTUK AKU MASUK KE SYURGAMU TANPA HISAB Sewaktu di KLIA tahun lalu Hari ini genap umur abah yang ke-50 manakala emak telah berganjak ke angka 52 tahun.Satu umur yang bukan lagi terus memikirkan beban anak-anak.Namun tubuh tua itu tetap gagah menjaga dan memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anaknya tanpa jemu dan letih. Oh,sungguh besar jasa kalian. Selamat ulangtahun kelahiran buat abah dan mak. Semoga Allah sentiasa menitipkan rahmat dan kasihnya pada kalian walau saat jasadku ini terdampar di bumi asing yang menyukarkan daku untuk menatap wajah kalian. Abah,mak Seandainya anakmu ini membebankanmu maafkan aku Seandainya pada usia mu yang kian dimamah usia aku masih lagi membuatmu lelah ampuni aku Seandainya saat ini sepatutnya kau tidak perlu bersusah payah membanting tulang  dek kerana masih menyara biaya un...

SAAT KAU MERASA PUAS-BAHAGIAN 2

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH DENGAN BERKAT NAMAMU AKU MENULIS AGAR MENJADI WASILAH  UNTUKKU  LEBIH TAQARRUB DENGANMU SAYA SEDANG BERUSAHA Saya sudah berusaha untuk hafal alquran, saya sudah berusaha untuk faham alquran tapi tenyata saya saya gagal untuk beriktikad dengan alquran. Saya gagal.Saya menjadi manusia yang paling lemah jiwa dan akal untuk benar-benar memahami maksud al-quran. Barulah kini saya sedar mengapa saya mash lagi leka dengan maksiat sedangkan kalam-kalam Allah sudah jelas terpampang di dalam al-quran. Kita lali dengan dunia hanya kerana kita tidak mengambil ibrah dari al-quran. Allah telah pun memberi amaran kepada manusia yang disibukkan dengan keduniaan sedangkan kematian sudah mula menjelang mendekati hati-hati yang jauh dengannya. Saya tidak menjadikan al-quran itu sebagai jalan hidup saya yang jitu. Saya hanya mengambil permukaan alquran sedangkan dasarnya masih belum terselam. Betapa saya dan manusia harini tid...

SAAT KAU MERASA PUAS-BAHAGIAN 1

ASSALAMUALAIKUM  DENGAN BERKAT NAMAMU AKU MENULIS JADIKAN KALAM-KALAM INI SEBAGAI WASILAH UNTUK AKU LEBIH TAQARRUB DENGANMU Kuliah Tarbiah Atfal saban minggu sangat memberikan saya kesedaran betapa pentingnya pembentukan seorang anak dari kecil sehingga mencapai usia balighnya. Dan kali ini saya benar-benar tertarik pada syarahan Doktor Mahmud Meghdadi mengenai tarbiyah islam pada penyempurnaan akhlak anak-anak. Memetik dari kata-katanya, "Hanya tarbiyah Islam sahaja yang mampu menyempurnakan anak-anak. Selain daripada agama Islam tiada kaedah lain yang mampu untuk menjadikan pendidikan anak itu menjadi lebih sempurna. Kerana Islam itu sendiri terdiri daripada Islam, iman, dan ihsan. Tarbiah imaniah adalah uslub pertama yang  diketengahkan dalam islam.. Ianya menepati ciri-ciri mukmin yang sejati. Tetapi seseorang yang Islam tidak semestinya beriman, namun yang beriman pastinya Islam. Kerana bilamana dia beriman sudah yakin dan pasti  dia akan solat, berpuasa,zak...

AKU DAN JORDAN ADAKAH BERJODOH?

  BISMILILLAHIRRAHMANIRRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG  AKU MENULIS DENGAN BERKAT NAMAMU Setiap kali  memasak didapur adakalanya segan juga untuk bersembang dengan pelajar asing disini. Meskipun datang dari pelosok negara yang berbeza kami adalah sama iaitu datang dari leluhur nasab keturunan Adam A.S. KAMU DARI NEGARA MANA Soalan itu yang kerapkali ditanya kepada saya saat memasak didapur sakan(asrama). Bila dijawab datang dari Malaysia mereka cukup teruja sekali kerana bagi mereka kami ini sanggup datang dari jauh meninggalkan kampung halaman, keluarga tercinta pastinya dengan tujuan dan impian yang cukup besar sekali iaitu untuk menimba ilmu bagi meningkatkan taraf pendidikan dan kualiti ilmu pengetahuan serta mencari pengalaman hidup yang pastinya cuma sekali seumur hidup bergelar pelajar luar negara. Bukan berniat untuk berbangga cumanya saya kerapkali menunda posting di facebook kerana bimbang orang mengata aku riak dan seb...

SABARLAH SELAGI KAU MAMPU

BISMILLAH WALHAMDULILLAH TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN ABI MUHAMMAD S.A.W SEMOGA KITA TERGOALONG ALAM GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT SYAFAAT BAGINDA KELAK AMIN... Hari ini saya memulakan entri dengan secebis peringatan dari Allah s.w.t. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153) ARAB YANG MENYUSAHKAN Sudah hampir dua bulan saya mendiami bumi Jordan. Namun sehingga kini saya dan rakan-rakan dari Kuliah Syariah masih belum tasjil(daftar) jamiah dan madah. Malah segala urusan seperti isbat tolibat untuk iqomah dan lain-lain urusan masih lagi tertangguh. Yang paling merisaukan ialah imtihan awal bakal menjelang tidak lagi. Hal ini yang  membuatk...

SAAT BUMI INI KU JEJAK

                      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته    بسم الله الرحمن الرحيم     Kali pertama saya menjejakkan kaki ke tanah jordan yang kelihatan cuma bumi gersang tanpa hijau dedaun macam yang biasa kita tengok kat Malaysia. Tidak ada menara hebat dan tinggi2 macam menara Alor Setar, KLCC ataupun shopping mall mcm tesco atau aeon big. Tapi yang membuatkn saya tertarik dgn bumi urdun ini adalah bagaimana kegersangan tanah sy syam ini sangat tidak mengatasi sabarnya para nabi berdakwah pada jalan agama yg satu ini. Inilah bumi anbiya bumi yang pernah menjadi jejak-jejak rasul malah sahabat2 yg gugur pada jalan jihad yg indah ini. ARAB YG PELIK Bagi pelajar baru seperti saya memang agk janggal juga tengok org arab disini yang memang ranggi dari segi pemakaian mereka. Bayangkan wanita arab yg berjubah serba hitam tu boleh pkai high heels kaler pink padahal naik bas jee pon. Memang diorg suka bergaya...