SABARLAH SELAGI KAU MAMPU


BISMILLAH WALHAMDULILLAH
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN ABI MUHAMMAD S.A.W
SEMOGA KITA TERGOALONG ALAM GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT SYAFAAT BAGINDA KELAK AMIN...


Hari ini saya memulakan entri dengan secebis peringatan dari Allah s.w.t.



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)


ARAB YANG MENYUSAHKAN

Sudah hampir dua bulan saya mendiami bumi Jordan. Namun sehingga kini saya dan rakan-rakan dari Kuliah Syariah masih belum tasjil(daftar) jamiah dan madah. Malah segala urusan seperti isbat tolibat untuk iqomah dan lain-lain urusan masih lagi tertangguh. Yang paling merisaukan ialah imtihan awal bakal menjelang tidak lagi. Hal ini yang  membuatkan fikiran saya sering terganggu dan merunsingkan. Saya yakin jika perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan fikiran dan minda yang lapang, penyakit stress sangat mudah hinggap pada diri saya. Masih ingat lagi kejadian beberapa bulan lagi saat saya berada di akhir semester 6. Tekanan hebat yang dihadapi saya saat final exam makin memuncak ditambah dengan tesis yang masih tunggang langgang tika itu, saya dilanda dengan penyakit kemurungan, sukar untuk studi, badan rasa lemah dan tidak bermaya. Rupa-rupanya saya diserang penyakit STRESS. Penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan mental dan fizikal.

Namun, setelah berbulan saya disini dengan masalah yang tidak menemui solusi, adakala saya rasa bosan saat ditinggalkan sendirian oleh roomate saya yang sudahpun di tahun 4 pengajian dan bakal menamatkan pengajian masing-masing tahun ini dan tahun depan. Tinggallah saya yang terkontang-kanting tidak tahu apa nak buat. Adakala saya mengikut mereka juga pergi ke kelas untuk mustami' tapi adalaka tidak kerana bimbang juga tiba-tiba doktor hendak melakukan ujian. Mahu cacing kepanasan kitorang nanti.Lagipun status saya masih lagi dianggap sebagai tetamu disini dan bukan sebagai pelajar. Allahu..

Setiap kali urusan kami yang diuruskan sendiri oleh Biro Akademik menemui kegagalan untuk tasjil setiap kali itu jugalah kami terpaksa berputih mata untuk memulakan pengajian disebabkan beberapa dokumen yang tidak lengkap dan sikap mustajil Kuliah Syariah sendiri yang tidak mahu melayan pelajar Malizi.Sikap pemalasnya yang tidak mahu bermuamalah dengan pihak BAKI membuatkan seluruh perjalanan hidup kami sebagai mahasiswa AL-Bayt nampak kabur dan suram. Hanya kepada Allah kami serahkan pengadilan dan hanya kepadaNya kami serahkan segala urusan.

SABAR ITU UKURANNYA DIMANA???

Sabar kami sebagai makhluk Allah yang tidak sempurna ada juga batasannya. Segala duit kupang, masa yang kami laburkan selama hampir dua bulan kami disini ibarat satu perkara yang sia-sia. Ibu bapa di tanah air sering bertanya berita adakah sudah masuk kelas atau tidak sedangkan anaknya yang diperantauan ini diperjudikan nasibnya oeh hati-hati arab yang tidak punya belas kasihan. Namun, apabila diri ini teringatkan ayat-ayat cintaNya terus hati kami yang gersang kembali basah. Jiwa yang dulu rapuh kian kuat. Jasmani yang mula resah gelisah kian gagah.


انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya:Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Ya Allah, dengan hartaku ini aku gadaikan semata-mata untuk memenuhi kewajipan jihad pada jalan agamaMU. Aku tidak punya apa-apa untuk aku sembahkan kepadamu. Solatku cacat, doakuku kurang, ibadahku tidak hebat. Tidak ada yang mampu ku berikan kepadaMu kecuali dengan sedikit pengorbanan kerdil dari hamba yang hina ini. Saat sabarku masih tersisa, airmata tetap berdegil untuk gugur juga. Aku sesekali tidak dapat menahannya kerana aku tidak berdaya langsung Ya Allah.
Aku mahu tahu sabarku pada tahap yang mana. Adakah sabarku masih bersisa ataupun telah punah segalanya.

JIWA YANG RAPUH MINTA DIKUATKAN

Sabar yang sedikit minta ditabahkan, jiwa yang rapuh minta dikuatkan kerana bukan sebulan dua kami disini tetapi untuk 2 akan datang tahun lagi. Mohon kuat ya wahai hati.

Moga Allah redha
Mafraq, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Kita ini nafsi-nafsi

Hati ibarat kuali

Beautiful lines