DUNIA SUDAH TERBALIK
BISMILLAH WALHAMDULILLAH SEMOGA PENULISAN INI MENJADI ASBAB UNTUK MENUJU KE SYURGAMU Baru-baru ini riuh group WhatsApp batch apabila kad kahwin salah seorang ahli batch kami dikirim ke laman sosial tersebut. Ramai antara kami yang terkejut kerana tidak menyangka 'syabab' tersebut bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang akhawat dari batch sebelumnya. Saya yang ingin turut menzahirkan kegembiraan tanpa berfikir banyak terus menyebarkan kad kahwin tersebut melalui WhatsApp story namun 10minit kemudian saya menerima kiriman WhatsApp dari seseorang yang juga sahabat saya yang meminta untuk tidak menyebarkannya terlebih dahulu demi menjaga kemaslahatan. Jadi saya tanpa ada masalah terus men'delete' kembali story saya tersebut kerana mengiyakan pendapatn...