DUNIA SUDAH TERBALIK

         BISMILLAH WALHAMDULILLAH 
                SEMOGA PENULISAN INI 
                       MENJADI ASBAB
           UNTUK MENUJU KE SYURGAMU

Baru-baru ini riuh group WhatsApp batch apabila kad kahwin salah seorang ahli batch kami dikirim ke laman sosial tersebut. Ramai antara kami yang terkejut kerana tidak menyangka 'syabab' tersebut bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang akhawat dari batch sebelumnya.

Saya yang ingin turut menzahirkan kegembiraan tanpa berfikir banyak terus menyebarkan kad kahwin tersebut melalui WhatsApp story namun 10minit kemudian saya menerima kiriman WhatsApp dari seseorang yang juga sahabat saya yang meminta untuk tidak menyebarkannya terlebih dahulu demi menjaga kemaslahatan. Jadi saya tanpa ada masalah terus men'delete' kembali story saya tersebut kerana mengiyakan pendapatnya bahawa kad kahwin tersebut masih belum official dari tuan punya badan.

YANG BIKIN SAYA PELIK

Namun sebelum itu saya memberitahu sahabat tersebut bahawa hubungan antara kedua pasangan tersebut sudah lama saya. Lalu sahabat saya terkejut dan mempertikaikan kenapa saya tidak memberitahu perkara tersebut kepada mereka sebelum ini.

Kali ini saya pula rasa ingin terkejut.

Lorh..kad kahwin yang official tidak boleh disebar tetapi hubungan yang masih belum ada apa-apa ikatan mahu diketahui ramai.

Sedangkan dalam Islam sendiri mengajar kita untuk menyembunyikan pertunangan dan menghebahkan perkahwinan supaya kenalan yang mengenali dapat mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan tersebut. Ini terbalik pula gossip murahan juga yang mahu didengar.

Mengakui hubungan tersebut diketahui oleh saya lebih awal dari itu namun atas permintaan insan yang menyampaikan perkara tersebut kepada saya serta minta untuk dirahsiakan, saya akur akan amanah tersebut sehinggalah undangan walimah dilayangkan ke media sosial. Lalu saya hanya ingin berkongsi kegembiraan tetapi disalahtafsirkan.

ATAS ALASAN BELUM OFFICIAL

Jika belum official saya rasa kad kahwin tersebut tidak akan berlegar-legar tanpa izin tuan punya badan sendiri di laman sosial. Pastinya tuan punya badan tersebut yang mengirim sendiri kepada para kenalannya dan dipanjang-panjangkan oleh mereka sendiri. Jadi saya nampak situasi disini para kenalannya yang membocorkan rahsia.

Saya hanya mampu tergelak sendiri membaca kiriman sahabat saya yang tadinya meminta saya untuk tidak menyebarkannya kepada umum. Tidak pasti motif sebenar tapi saya terus berlapang dada.

Mungkin pihak mempelai tidak mahu perkara ini dihebah umum dan saya menghormati atau para kenalan yang lebih sudu dari kuah. Itu saya tak pasti. Cumanya sikap amanah para kenalannya lah yang telah mencemar segalanya.

NASIHAT SAYA

Jadi, nasihat saya untuk para mempelai jika ingin mem'private' kad kahwin anda khas untuk tatapan rakan-rakan terdekat pastikan perkara tersebut dihighlightkan terlebih dahulu kerana bimbang perkara sebegini berulang.

Dan kepada para kenalannya yang terdekat,jika telah diminta untuk tidak menyebarkan apa-apa perkara kepada umum mohon untuk jagalah amanah tersebut. Tidaklah pasal-pasal orang macam saya terpaksa delete kembali status tersebut.

Dan pengajaran untuk saya sendiri, pastikan tabayyun terlebih dahulu apa-apa berita yang diperolehi sebelum menyebarkannya kepada umum. Bimbang menjadi pertikaian umum dan boleh mencetuskan perbalahan yang tidak-tidak.

Okay cukup sinj saja penulisan kali ini. "Belajarlah berlapang dada dalam menerima teguran moga hati sentiasa bersih dari sikap yang tercela".

Moga Allah redha.

Comments

Popular posts from this blog

Kita ini nafsi-nafsi

Hati ibarat kuali

Beautiful lines