Kita ini nafsi-nafsi
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah..hari ini sekali lagi Allah mengizinkan tinta ini berbicara pada penghulu hari yang berkah ini. Sekali lagi juga Allah mengizinkan jari jemari ini berpena untuk berkongsi secangkir ilmu buat tatapan semua terutama bagi mentarbiah jiwa saya yang juga dahagakan kalam-kalam berharga dari para murabbi dan daie di luar sana.
Izinkan jiwa ini berbicara
Teringat saya akan pesanan guru saya, al fadhil Ustaz Suhaimi Abu Hasan dalam pengajian saya baru-baru ini.
"Hati orang yang bertakwa itu mudah merasa bersalah tatkala melakukan dosa"
Saya muhasabah balik pada diri saya yang kerdil ini. Muhasabah itu bukan bermaksud mencari kebaikan pada diri tetapi mengambil iktibar di atas kesilapan dan cuba memperbaikinya.
Saya akui sebagai seorang insan, adakalanya kita sering nafsi-nafsi ibarat kata guru saya. Nafsi-nafsi itu hal aku, hal aku hal engkau, hal engkau. Omputih cakap selfish. Pentingkan diri sendiri.
Adakalanya, kita lupa kekurangan yang ada pada diri. Dan adakala saya sendiri tidak sedar yang saya ada sifat sedemikian terutamanya dalam hal membuat kebaikan.
Saya gemar untuk buat sesuatu benda tanpa berkongsi manfaatnya untuk orang lain. Sebagai contoh, saya telah diajar teknik pantas untuk menjawab soalan statistik dari rakan saya yang pakar dalam mata pelajaran tersebut di UiTM.
Malangnya ilmu itu saya simpan seorang dan tak dikongsikan kepada rakan-rakan saya yang lain di kolej. Sedangkan subjek berkenaan memang susah untuk skor. Disitu saya jadi tamak dan nafsi-nafsi. Saya bimbang, apabila saya berkongsi maklumat itu dengan mereka maka markah mereka akan lebih tinggi dari saya apabila adanya test atau final exam.
Tapi, saya tersilap
Ya, saya akui saya tersilap. Rupanya takwa saya masih belum cukup tajam. Saya menjadi orang yang rugi serugi ruginya. Saya gagal mendidik jiwa saya menjadi seorang yang percaya dengan qada dan qadarnya. Sedangkan ilmu itu kepunyaan Allah. Ternyata, iman saya masih belum berasa bersalah apatahlagi berdosa ketika melakukan kejahatan.
Rupanya jiwa orang punya takwa itu bukan saja rasa berdosa bilamana berbuat kemungkaran malah akan mencegah pula dirinya daripada terjerumus ke lembah yang penuh kehinaan.
Maka, sifat nafsi-nafsi saya terus merosakkan takwa bahkan merosakkan seluruh amalan yang dibina. Jadilah saya orang yang serugi-ruginya.
Pesan saya untuk diri ini bahkan mereka di luar sana, jadilah seseorang yang bermanfaat untuk umat bukan beban buat masyarakat.
Jom jadi orang bertakwa!
Tinggalkan perkara yang sia-sia!!

Comments
Post a Comment