Ikhlaskah Aku??
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله
Ikhlas menjadi fokus utama pada tinta kali ini. Semalam, alhamdulillah saya sempat mendengar sebuah ceramah agama yang menampilkan beberapa daie yang agak terkenal saya kira. Bukan orangnya yang cuba untuk saya tonjolkan tetapi penyampaiannya begitu menekan sanubari saya.
Minda saya diketuk
Penyampaian ustaz itu yang bersahaja disamping unsur jenaka yang diselitkan secara sedar mahupun tidak ada yang setempek terkena pada batang hidung saya. Itu saya memang akui.Malu juga pada diri sendiri. Nak tahu apa katanya???
"Seringkali kita, umat Islam apabila nampak saja perempuan tak pakai stokin kaki.
Ha, kaki tu aurat. Satgi kaki tu Allah kerat masuk neraka jahanam.
Begitu juga bila seorang yang baru nak memeluk agama Islam. Terus pi kata kat dia, "Nak masuk Islam ni kena kerat yang tu dulu".
Sedangkan kita ni kena ajak dulu,"Jom, masuk Islam. Tudung itu perlahan-lahan kita pakai. Yang penting masuk Islam dulu."
Padahal nak tarik orang untuk mendalami Islam ini kena cerita yang baik-baik dahulu. Baru orang ada keinginan nak masuk Islam. Lepas dah masuk Islam, belajar tentang agama baru ikhlas itu akan datang. Nie awal-awal dah cerita tentang benda-benda yang menakutkan orang untuk dekat dengan Islam. Memang lari...
Macam juga bila kita nak solat. Perlukah untuk kita datangkan keikhlasan dahulu baru nak solat?
Tak perlu. Sebab diri kita ini kena paksa...paksa..dan paksa. Lepas itu, pasti ikhlas itu akan datang.
Sukar Untuk Ikhlas
Kita memang susah nak menerima sesuatu semudah A,B,C. Kadang-kadang batin kita berperang dengan jasad. Buat sesuatu terkadang untuk santapan mata manusia tapi batin kita seakan melawan.
Oleh sebab itu, ikhlas itu datang apabila adanya redha dari hati. Sebab bila adanya redha maka ikhlas itu akan datang seiring tanpa paksaan.
Pesan saya sekali lagi paksa itu akan menumbuhkan redha.
Cuba dan Terus Mencuba
Tak kisahlah berapa sukar untuk diri kita mencuba membentuk sekuman keikhlasan dalam diri. Cubalah sehingga anda rasa percubaan anda itu membuahkan hasil. Kerana janji Allah sudahpun termaktub didalam kitabNya:
"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kamu sendiri yang mengubahnya."
Jadi, masihkah kita hendak menidakkan lagi. Renung-renungkan jangan sampai termenung pulak.
Selamat bermujahadah!!

Comments
Post a Comment