Aku dicuba
Assalamualaikum readers...
Setelah sekian lama nampaknya saya tak update sebarang perkongsian sampaikan saya sendiri dah lupa pasword blog nie..haha macam kelakar pulak. Dan alhamdulillah juga selepas saya bergelut dengan final exam yang telahpun berlalu beberapa minggu yang lalu kini saya kembali untuk membawa lebih banyak perkongsian yang mungkin dapat memberi manfaat bersama..
Sebenarnya setelah berbulan saya tidak menulis blog, banyak benda sebenarnya yang terjadi baik yang disedari mahupun tidak. Boleh dikatakan hampir semua situasi tersebut membuatkan saya lebih muhasabah diri dan cuba membuat analogi sendiri dengan menghubungkan apa yang berlaku adalah dengan kekuasaan Illahi sementelah diri saya sendiri sentiasa berserakan kelemahan disana sini yang masih cuba untuk dibaiki.
Bermula dengan kejadian sewaktu saya bertemu dengan salah seorang mak cik yang mengusahakan sebuah kedai makan. Tanpa diduga dia mempelawa saya untuk membantunya menjadi waitress disebabkan pekerjanya selalu datang lewat malah kemungkinan tidak datang langsung hari itu sedangkan kedai akan dibuka pada sebelah petang nanti.
Dalam keadaan 50-50 saya menerima pelawaannya dengan muka ceria tetapi hati saya berperang. Namun saya ikhlaskan hati. Mungkin Allah mahu berikan sesuatu yang terbaik.
Menjelang maghrib, pelanggan kian memenuhi meja-meja yang disediakan. Apalagi saya yang masih baru disitu beberapa kali tersilap mengambil dan menghantar order. Aduh malu juga kadang tu tapi buat muka tembok jerlah.
Setelah pelanggan beransur lengang, saya dijamu dengan capati yang menjadi menu utama gerai tersebut. Tengah asyik bersembang dengan mak cik tersebut dia memberitahu pengalaman dirinya menunaikan umrah bersama suaminya dua tahun lalu. Biasalah orang tua-tua nih kalau sembang bab haji umrah ada saja cerita yang hendak disampaikan. Setelah itu saya menjeling jam ditangan.Maghrib kian berganjak waktunya lalu dia menyuruh saya untuk rehat dan solat terlebih dahulu. Di dalam rumahnya memang tiada ajnabi. Itu saya yakin dan pasti kerana semuanya ada di kedai yang tertelak bersebelahan sahaja. Tidak lama kemudian mak cik tersebut masuk dengan niat mahu memanggil saya semula kerana pelanggan kian bertambah di kedai. Lalu saya mula memakai stokin kaki dan tangan. Tidak sangka pula mak cik itu memerhatikan saya dari awal. Lalu dia berkata,"Tak payah adik nak pakai stokin. Dah macam orang arab acik tengok. Di mekah takpelah nak pakai macamtue.
Saya tergamam....Bukan kerana saya dimarahi tetapi kata-katanya membuatkan iman saya terguris. Gurisan yang amat pedih sehingga saya merasakan batin saya menangis ketika itu. Bagaimana seorang muslim yang sudah menunaikan umrah yang mana saya yakin sekali mak cik itu memahami tentang hukum hakam agama boleh berkata begitu. Adakah aurat ditutup sepenuhnya ketika ketika haji dan umrah sahaja.Apa yang saya buat ketika itu hanyalah tersenyum kerana saya tidak rasa debat adalah cara yang terbaik ketika itu. Sekurangnya saya berjaya mempertahankan aurat yang selama ini ditutup rapi.
Namun apa yang membuatkan saya lebih terkilan apabila tiada seorang pun ahli keluarganya mahupun para pekerja yang lain pergi menunaikan solat. Tidak mungkin mak cik ini masih kedatangan haid sedangkan usianya sudah dikategorikan menopouse. Okay mungkin dia masih didatangi haid tapi bagaimana pula suami dan dua orang anaknya yang turut membiarkan maghrib berlalu...
Saya terbungkam..ini ujian iman buat saya.
Malah saya melihat ujian ini dari sudut yang pelbagai.Tidak mahu cepat menghukum kerna saya yakin masih ada sisi kebaikan yang saya lihat pada mereka. Ia turut memberi satu kekuatan baru untuk semua yang berada di luar sana untuk membina sendiri kekuatan yakni kekuatan iman dan rohani kerna pastinya diluar sana kita akan mendapati masih ramai lagi masyarakat kita sendiri sedang nazak.
Wallahualam..jumpa lagi
Moga bermanfaat

Comments
Post a Comment