Posts

Showing posts from 2016

SAAT KAU MERASA PUAS-BAHAGIAN 2

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH DENGAN BERKAT NAMAMU AKU MENULIS AGAR MENJADI WASILAH  UNTUKKU  LEBIH TAQARRUB DENGANMU SAYA SEDANG BERUSAHA Saya sudah berusaha untuk hafal alquran, saya sudah berusaha untuk faham alquran tapi tenyata saya saya gagal untuk beriktikad dengan alquran. Saya gagal.Saya menjadi manusia yang paling lemah jiwa dan akal untuk benar-benar memahami maksud al-quran. Barulah kini saya sedar mengapa saya mash lagi leka dengan maksiat sedangkan kalam-kalam Allah sudah jelas terpampang di dalam al-quran. Kita lali dengan dunia hanya kerana kita tidak mengambil ibrah dari al-quran. Allah telah pun memberi amaran kepada manusia yang disibukkan dengan keduniaan sedangkan kematian sudah mula menjelang mendekati hati-hati yang jauh dengannya. Saya tidak menjadikan al-quran itu sebagai jalan hidup saya yang jitu. Saya hanya mengambil permukaan alquran sedangkan dasarnya masih belum terselam. Betapa saya dan manusia harini tid...

SAAT KAU MERASA PUAS-BAHAGIAN 1

ASSALAMUALAIKUM  DENGAN BERKAT NAMAMU AKU MENULIS JADIKAN KALAM-KALAM INI SEBAGAI WASILAH UNTUK AKU LEBIH TAQARRUB DENGANMU Kuliah Tarbiah Atfal saban minggu sangat memberikan saya kesedaran betapa pentingnya pembentukan seorang anak dari kecil sehingga mencapai usia balighnya. Dan kali ini saya benar-benar tertarik pada syarahan Doktor Mahmud Meghdadi mengenai tarbiyah islam pada penyempurnaan akhlak anak-anak. Memetik dari kata-katanya, "Hanya tarbiyah Islam sahaja yang mampu menyempurnakan anak-anak. Selain daripada agama Islam tiada kaedah lain yang mampu untuk menjadikan pendidikan anak itu menjadi lebih sempurna. Kerana Islam itu sendiri terdiri daripada Islam, iman, dan ihsan. Tarbiah imaniah adalah uslub pertama yang  diketengahkan dalam islam.. Ianya menepati ciri-ciri mukmin yang sejati. Tetapi seseorang yang Islam tidak semestinya beriman, namun yang beriman pastinya Islam. Kerana bilamana dia beriman sudah yakin dan pasti  dia akan solat, berpuasa,zak...

AKU DAN JORDAN ADAKAH BERJODOH?

  BISMILILLAHIRRAHMANIRRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG  AKU MENULIS DENGAN BERKAT NAMAMU Setiap kali  memasak didapur adakalanya segan juga untuk bersembang dengan pelajar asing disini. Meskipun datang dari pelosok negara yang berbeza kami adalah sama iaitu datang dari leluhur nasab keturunan Adam A.S. KAMU DARI NEGARA MANA Soalan itu yang kerapkali ditanya kepada saya saat memasak didapur sakan(asrama). Bila dijawab datang dari Malaysia mereka cukup teruja sekali kerana bagi mereka kami ini sanggup datang dari jauh meninggalkan kampung halaman, keluarga tercinta pastinya dengan tujuan dan impian yang cukup besar sekali iaitu untuk menimba ilmu bagi meningkatkan taraf pendidikan dan kualiti ilmu pengetahuan serta mencari pengalaman hidup yang pastinya cuma sekali seumur hidup bergelar pelajar luar negara. Bukan berniat untuk berbangga cumanya saya kerapkali menunda posting di facebook kerana bimbang orang mengata aku riak dan seb...

SABARLAH SELAGI KAU MAMPU

BISMILLAH WALHAMDULILLAH TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN ABI MUHAMMAD S.A.W SEMOGA KITA TERGOALONG ALAM GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT SYAFAAT BAGINDA KELAK AMIN... Hari ini saya memulakan entri dengan secebis peringatan dari Allah s.w.t. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153) ARAB YANG MENYUSAHKAN Sudah hampir dua bulan saya mendiami bumi Jordan. Namun sehingga kini saya dan rakan-rakan dari Kuliah Syariah masih belum tasjil(daftar) jamiah dan madah. Malah segala urusan seperti isbat tolibat untuk iqomah dan lain-lain urusan masih lagi tertangguh. Yang paling merisaukan ialah imtihan awal bakal menjelang tidak lagi. Hal ini yang  membuatk...

SAAT BUMI INI KU JEJAK

                      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته    بسم الله الرحمن الرحيم     Kali pertama saya menjejakkan kaki ke tanah jordan yang kelihatan cuma bumi gersang tanpa hijau dedaun macam yang biasa kita tengok kat Malaysia. Tidak ada menara hebat dan tinggi2 macam menara Alor Setar, KLCC ataupun shopping mall mcm tesco atau aeon big. Tapi yang membuatkn saya tertarik dgn bumi urdun ini adalah bagaimana kegersangan tanah sy syam ini sangat tidak mengatasi sabarnya para nabi berdakwah pada jalan agama yg satu ini. Inilah bumi anbiya bumi yang pernah menjadi jejak-jejak rasul malah sahabat2 yg gugur pada jalan jihad yg indah ini. ARAB YG PELIK Bagi pelajar baru seperti saya memang agk janggal juga tengok org arab disini yang memang ranggi dari segi pemakaian mereka. Bayangkan wanita arab yg berjubah serba hitam tu boleh pkai high heels kaler pink padahal naik bas jee pon. Memang diorg suka bergaya...

MENGEMBARALAH WAHAI ANAK MUDA

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Aku menulis dengan berkat ilmumu Izinkan aku mencoret kalam indah ini buat tatapan semua.... Hari semakin terus berjalan untuk kita sebagai seorang hamba..menghitung hitung detik yang pasti berlaku untuk diri ini melaksanakan tuntutan jihad pada agama yang suci ini. LANGKAH KAKI KU HAYUN InsyaAllah biiznillah...hujung Ogos ini saya akan berlepas ke Jordan, tanah anbiya'. Tanah yang tidak pernah sekalipun terbayang di alam mimpi mahupun di dalam jaga akan menjejakkan kaki ini ke sana. Sewaktu zaman sekolah menengah dulu ada jugaklah keinginan untuk belajar di oversea tapi tu cuma angan-angan mat jenin. SPM pon cukup-cukup makan ada hati nak belajar jauh. Tapi sekarang bila fikir-fikir balik rupanya tak salah angan mat jenin saya tu sebab akhirnya mat jenin pon mampu capai impian sendiri. Kiranya berangan tu tak salah kan?? Haha,jawablah pertanyaan tu sendiri. Setiap rezeki tu Allah dah tentukan bila dan bagaimana...

Beautiful lines

                  بسم الله الرحمن الرحيم               السلام عليكم ورحمة الله وبركاته MasyaAllah cuaca panas yang mencecah suhu antara 36-38°C nie cukup untuk mengeringkan dedaun hijau yang menjalar disekitar perumahan. Dalam rumah pula memang tak payah cakap. Macam duduk dalam microwave. Semoga panas yang kita rasai saat ini tidak akan rasai di akhirat nanti saat menanti timbangan hisab di mahsyar kelak.Nauzubillahi min zalik... Posting pada kali ini sebenarnya nak kupas sikit tentang isu-isu yang seringkali berlaku dekat sekeliling kita tetapi kerapkali idea itu tidak sampai di jiwa untuk direalisasikan pada penulisan kami. Takpa insyaAllah biiznillah saya akan kongsi sekadarnya cuma yang termampu untuk tatapan semua. Bagaimana saya menulis Ramai yang bertanya saya, macamna saya boleh mereka suatu kata-kata yang boleh buat orang deep weh. Sentap..makan dalam. Mereka mengaku yang kadang-kadang mer...

Aku merindukan wajahmu

Image
Salam cinta untuk ibu dan ayahku. Moga kalian baik-baik saja dalam pelukan Tuhan.... Berjauhan barangkali membuatkan rindu seringkali singgah dihati kerana jiwa ini seringkali kekosongan tanpa teguran dan tawa mereka. Seringkali jiwa ini teringat akan mereka. Namun, tetap digagahkan hati ini untuk terus menempuh hari-hari yang mendatang tanpa mereka disisi. Tuhan, hati ini terlalu merindukan mereka. Tidak tahu bagaimana cara untuk melampiaskan rasa yang kian terbungkam dihati. Ingin sekali aku menjerit meneriak nama mereka. Tapi, itu bukan caranya. Hanya doa mampu ku titipkan buat mereka. Sambutlah salam rinduku ini wahai ayah dan ibuku. Sungguh, hati ini terlalu mendambakan wajahmu hadir saat aku membukakan mataku esok. Namun, semuanya mungkin cuma angan anak kecil. Mana mungkin mereka mampu muncul pada waktu sesingkat ini. Ibu...ayah Entah mengapa anakmu seringkali menangis tanpa sebab. Seusai solat, anakmu menangis menatap hari-hari yang berlalu terlalu pantas. Sehingg...

Ikhlaskah Aku??

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله Alhamdulillah syukur atas rahmatNya hari ini berpeluang lagi untuk saya bertinta pada penulisan kesekian kali ini. Mudah-mudahan tulisan ini menjadi bukti dakwah kecil yang cuba saya sampaikan untuk bekalan saya di akhirat nanti InsyaAllah... Ikhlas menjadi fokus utama pada tinta kali ini. Semalam, alhamdulillah saya sempat mendengar sebuah ceramah agama yang menampilkan beberapa daie yang agak terkenal saya kira. Bukan orangnya yang cuba untuk saya tonjolkan tetapi penyampaiannya begitu menekan sanubari saya. Minda saya diketuk Penyampaian ustaz itu yang bersahaja disamping unsur jenaka yang diselitkan secara sedar mahupun tidak ada yang setempek terkena pada batang hidung saya. Itu saya memang akui.Malu juga pada diri sendiri. Nak tahu apa katanya??? "Seringkali kita, umat Islam apabila nampak saja perempuan tak pakai stokin kaki.  Ha, kaki tu aurat. Satgi kaki tu Allah kerat masuk neraka jahanam. Begitu juga...

Kita ini nafsi-nafsi

Image
                        بسم الله الرحمن الرحيم                       السلام عليكم ورحمة الله Alhamdulillah..hari ini sekali lagi Allah mengizinkan tinta ini berbicara pada penghulu hari yang berkah ini. Sekali lagi juga Allah mengizinkan jari jemari ini berpena untuk berkongsi secangkir ilmu buat tatapan semua terutama bagi mentarbiah jiwa saya yang juga dahagakan kalam-kalam berharga dari para murabbi dan daie di luar sana. Izinkan jiwa ini berbicara Teringat saya akan pesanan guru saya, al fadhil Ustaz Suhaimi Abu Hasan dalam pengajian saya baru-baru ini. "Hati orang yang bertakwa itu mudah merasa bersalah tatkala melakukan dosa" Saya muhasabah balik pada diri saya yang kerdil ini. Muhasabah itu bukan bermaksud mencari kebaikan pada diri tetapi mengambil iktibar di atas kesilapan dan cuba memperbaikinya. Saya akui sebagai seorang insan, adakalanya kita se...

Nama kedua selepas ibumu..ibumu..ibumu

                               ~السلام عليكم~ Satu-satunya lelaki yang tidak akan pernah mengecewakan kita Satu-satunya lelaki yang akan memenuhi segala keinginan kita Satu-satunya lelaki yang takkan pernah lelah melayan karenah kita Dialah ayah Dialah abah Dialah abi Dialah abuya Dialah walid Dialah appa Dialah papa Dialah daddy Dialah lughatul alam Dialah nama kedua selepas ibumu Ibumu...ibumu Dialah insan yang menjadi asbab kelahiran kita didunia selain ibu  Kelahiran kita... Anak yang lahir hasil benih suci mereka Insan yang sentiasa tenang tanpa lakaran senyuman di wajahnya Insan yang sentiasa memerah keringat membesarkan kita Menyediakan kemewahan sedayanya dia Membina istana kecil  Dimana  Ayah adalah raja Ibu adalah permaisuri Dan kita.. Kita putera puteri Yang menyempurnakan istana kecil impiannya Dia yang pertama...

Hati ibarat kuali

                             السلام عليكم Semua pembaca yang disayangi Allah sekalian. Moga-moga tinta kali ini menjadi kalam-kalam berguna buat saya dan kita semua InsyaAllah. Tiba-tiba seusai solat maghrib tadi saya mendapat ilham yang muncul berkat dariNya yang saya fikirkan menarik untuk perkongsian bersama. Teringat akan satu hadis daripada baginda nabi s.a.w yang lebih kurang seperti ini: "Dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya namun jika buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuh manusia. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati(iman) manusia". Kotor dosa Hidup didalam dunia akhir zaman yang penuh dengan pelbagai fitnah dan tribulasi yang pelbagai adakala hati saya agak takut untuk keluar menuju dunia luar.  Bukan takut akan perubahan yang semakin pesat dan bimbang dianggap kuno tapi saya lebih takut 'hati' saya i...

Aku dicuba

Assalamualaikum readers... Setelah sekian lama nampaknya saya tak update sebarang perkongsian sampaikan saya sendiri dah lupa pasword blog nie..haha macam kelakar pulak. Dan alhamdulillah juga selepas saya bergelut dengan final exam yang telahpun berlalu beberapa minggu yang lalu kini saya kembali untuk membawa lebih banyak perkongsian yang mungkin dapat memberi manfaat bersama.. Sebenarnya setelah berbulan saya tidak menulis blog, banyak benda sebenarnya yang terjadi baik yang disedari mahupun tidak. Boleh dikatakan hampir semua situasi tersebut membuatkan saya lebih muhasabah diri dan cuba membuat analogi sendiri dengan menghubungkan apa yang berlaku adalah dengan kekuasaan Illahi sementelah diri saya sendiri sentiasa berserakan kelemahan disana sini yang masih cuba untuk dibaiki. Bermula dengan kejadian sewaktu saya bertemu dengan salah seorang mak cik yang mengusahakan sebuah kedai makan. Tanpa diduga dia mempelawa saya untuk membantunya menjadi waitress disebabkan pekerjanya...