MENGEMBARALAH WAHAI ANAK MUDA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Aku menulis dengan berkat ilmumu
Izinkan aku mencoret kalam indah ini buat tatapan semua....
Hari semakin terus berjalan untuk kita sebagai seorang hamba..menghitung hitung detik yang pasti berlaku untuk diri ini melaksanakan tuntutan jihad pada agama yang suci ini.
LANGKAH KAKI KU HAYUN
InsyaAllah biiznillah...hujung Ogos ini saya akan berlepas ke Jordan, tanah anbiya'. Tanah yang tidak pernah sekalipun terbayang di alam mimpi mahupun di dalam jaga akan menjejakkan kaki ini ke sana.
Sewaktu zaman sekolah menengah dulu ada jugaklah keinginan untuk belajar di oversea tapi tu cuma angan-angan mat jenin. SPM pon cukup-cukup makan ada hati nak belajar jauh. Tapi sekarang bila fikir-fikir balik rupanya tak salah angan mat jenin saya tu sebab akhirnya mat jenin pon mampu capai impian sendiri. Kiranya berangan tu tak salah kan?? Haha,jawablah pertanyaan tu sendiri.
Setiap rezeki tu Allah dah tentukan bila dan bagaimana. Tugas kita sebagai hamba adalah usaha dan tawakal. Cukuplah kita yakin bahawa Allah yang pegang rezeki manusia. Bilamana kita jaga hak Allah maka Allah akan jaga hak kita malah lebih lagi kurniaanNya pada kita. Allah,betapa kerdilnya aku disisiMu.
Sungguh,saya bukan berasal dari golongan yang kaya raya tapi simpanan Abah yang benar-benar menguatkan keazaman Abah untuk menghantar saya hingga ke luar negara. Sejak dulu saya memang seorang yang sukakan cabaran. Dari zaman sekolah hingga ke alam universiti berjauhan dengan keluarga adalah sesuatu yang sudah sebati dengan diri saya sendiri. Tapi,kali ini saya akan pergi untuk tempoh 2 tahun di bumi anbiya' sana. Entahkan sempat balik ke tanah air semula atau tidak. Saya serahkan kepada Yang Maha Merancang. Dia lebih tahu perkara di luar keterbatasan manusia.
Saya sering ingatkan kepada rakan-rakan saya ketika Diploma dahulu. Kalau boleh belajarlah berjauhan dengan ibu bapa. Kerana saat itu kita akan belajar untuk menghargai apa yang kita punya. Mengembaralah ke ceruk mana pun muka bumi Allah yang luas terbentang ini. Nescaya kamu akan menjumpai pelbagai hikmah yang tersembunyi. Isi usia muda kita dengan pengalaman agar hidup kita ini sentiasa diwarnai dengan pelbagai rencah kehidupan. Disitulah kamu akan memperolehi kematangan.
Ayuh anak muda...mengembaralah!!!
Doakan perjalanan saya:-D

Comments
Post a Comment