AKU DAN JORDAN ADAKAH BERJODOH?
BISMILILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
AKU MENULIS DENGAN BERKAT NAMAMU
Setiap kali memasak didapur adakalanya segan juga untuk bersembang dengan pelajar asing disini. Meskipun datang dari pelosok negara yang berbeza kami adalah sama iaitu datang dari leluhur nasab keturunan Adam A.S.
KAMU DARI NEGARA MANA
Soalan itu yang kerapkali ditanya kepada saya saat memasak didapur sakan(asrama). Bila dijawab datang dari Malaysia mereka cukup teruja sekali kerana bagi mereka kami ini sanggup datang dari jauh meninggalkan kampung halaman, keluarga tercinta pastinya dengan tujuan dan impian yang cukup besar sekali iaitu untuk menimba ilmu bagi meningkatkan taraf pendidikan dan kualiti ilmu pengetahuan serta mencari pengalaman hidup yang pastinya cuma sekali seumur hidup bergelar pelajar luar negara. Bukan berniat untuk berbangga cumanya saya kerapkali menunda posting di facebook kerana bimbang orang mengata aku riak dan sebagainya. Aku tidak mahu begitu. Bagiku cukuplah kenalan rapat yang tahu akan keberadaan ku ditanah Jordan ini sebgai satu takdir Allah yang aku dambakan sekali dalam hidup iaitu untuk sampai disini dan aku yakin semua orang saja punya impian untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ke luar negara. Persoalannya cuma kita mampu atau tidak.
SUDAHKAH KITA BERSEDIA
Buka saja kita perlu mampu dari sudut akademik dan material malah emosi juga harus dipersiapkan. Saya tak mengatakan yang saya 100% mampu bagi ketiga-tiga aspek tersebut tapi inilah hakikat yang seringkali juga menjadi masalah buat diri saya dan ribuan mahasiswa yang menuntut di timur tengah. Saya mengakui adakala kami juga kekurangan sumber kewangan yang mendesak, makan apa yang mampu ditambah dengan tekanan hidup yang mencengkam akibat pelajaran, duit dan sebagainya. Kerana itulah saya turut menggariskan panduan untuk persiapan emosi itu harus dititikberatkan. Kerana bila kita kekurangann sumber kewangan maka dengan mudah emosi kita juga turut terganggu. Saya juga mengalaminya untuk dua bulan pertama sebagai mahasiswa Jordan. Stress yang memuncak dengan sikap arab yang culas tak culas menjalankan amanah, dengan biah sekeliling cukup untuk saya katakan keadaan disini sangat mencabar berbanding Malysia. Saya mengatakan ini kerana saya juga pernah menjadi mahasiswa di Malaysia. Di Malaysia dugaannya berbeza meskipun dihujani dengan timbunan tugasan yang memeningkan kepala. Setiap asignment perlu diprint,fotostat dan sebaginya. Di Malaysia juga perlukan persediaan mental dan kewangan tapi ada sedikit perbezaan bagi kami disini. Kami tidak ada ibu ayah sebagai tempat bergantung. Kami sendiri disini. Kami lah ibu kami lah bapa. Kami membesar tanpa kehadiran mereka disini. Kami berjuang sendirian tanpa belaian mereka disini. Kami kekurangan itu. Jika di Malaysia saat wang dikocek atau di mesin atm sudah kehausan, laju saja tangan menelefon meminta dikirimkan wang belanja. Tapi kami disini, unuk memberikan perkhabaran sebegitu saja cukup untuk memeritkan jiwa. Nilai currency semasa yang mencecah RM 6.30 buat masa dan ketika ini boleh membuat kami diam sejenak seketika. Menarik seluruh nafas dan benak kami. Kami bukan mahsaiswa kaya. Seperti saya yang bergantung kepada zakat negeri yang bukan cukup-cukup makan tapi memang tidak cukup apatahlagi bagi pelajar tajsir seperti saya. Satu sem saja perlu membelanjakan hampir RM6000. Sedangkan jumlah zakat yang diterima cuma RM7000 sahaja selebihnya datang dari kocek ibu bapa masing-masing. Di Malaysia segalanya mudah. Pinjaman pelajaran disediakan bagi mereka yang berkelayakan. Kos sara hidup yang dikategorikan masih mampu meskipun Malaysia mengalami kenaikan harga barang yang pelbagai bagi saya keadaan kita cukup berbeza disitu.
KENAPA TERUSKAN NIAT JIKA TIDAK MAMPU
Ya, pastinya ramai yang berkata sedemikian. Bagi mereka kenapa perlu belajar jauh-jauh kesana sedangkan Mlaysia menyediakan banyak peluang pengajian bagi pelbagai peringkat pengajian disamping pinjaman pelajaran yang disediakan. Ya saya akui memang peluang itu terhidang banyak tetapi setelah dicongak dengan yuran pengajan di Malaysia yang hampir menccah rm70 ribu untuk tiga hingga 4 tahun pengajian bagi saya ia cukup menyekat keinginan saya untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat ijzah sarjana muda. Sedangkan jika saya melanjutkan pelajaran ditimur tengah, memang saya perlu melabur banyak tetapi pelajar timur tengah lebih banyak diediakn biasiswa zakat pelajaranseperti zakat serta yayasan islam negeri yang menawarkan pnjaman boleh ubah. Bagi zakat meskipun jumlah yang diberi belum cukup untuk menampung perbelanjaan kami disini tapi kami masih tetap bersyukur kerana tidak perlu berhutang lagi. Cukuplah hutang PTPTN yang masih belum berbayar. Sebelum kesini pun saya sudah berjanji pada diri jika permohonan sya untuk ke timut tengah tidak diluluskan automatiknya saya tak akan menyambung degree ke mana-mana insitusi dan mungkin mecari kerja terlebih dahulu. Tapi alhamdulillah impian saya terlaksana juga. Mungkinkah aku dan Jordan sudah berjodoh sejak azali lagi?
Comments
Post a Comment