SAAT KAU MERASA PUAS-BAHAGIAN 2
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
DENGAN BERKAT NAMAMU AKU MENULIS
AGAR MENJADI WASILAH UNTUKKU LEBIH TAQARRUB DENGANMU
SAYA SEDANG BERUSAHA
Saya
sudah berusaha untuk hafal alquran, saya sudah berusaha untuk faham alquran
tapi tenyata saya saya gagal untuk beriktikad dengan alquran. Saya gagal.Saya
menjadi manusia yang paling lemah jiwa dan akal untuk benar-benar memahami
maksud al-quran. Barulah kini saya sedar mengapa saya mash lagi leka dengan
maksiat sedangkan kalam-kalam Allah sudah jelas terpampang di dalam al-quran. Kita
lali dengan dunia hanya kerana kita tidak mengambil ibrah dari al-quran. Allah
telah pun memberi amaran kepada manusia yang disibukkan dengan keduniaan sedangkan
kematian sudah mula menjelang mendekati hati-hati yang jauh dengannya. Saya
tidak menjadikan al-quran itu sebagai jalan hidup saya yang jitu. Saya hanya
mengambil permukaan alquran sedangkan dasarnya masih belum terselam. Betapa
saya dan manusia harini tidak mengambil pengajaran dari kisah-kisah umat terdahulu yang dihukum Allah atas keengganan mereka untuk tunduk patuh pada
Allah.
Oleh sebab itulah kita gagal menjadi orang yang berjaya. Lihat saja negara kita
telah banyak melahirkan ahli agama, para hufaz alquran, daie dan sebagainya tapi
kenapa kita masih gagal dalam membentuk keperibadian muslim seperti yang
terakam dalam al-quran dan hadis. Ini kerana kita sendiri telah merasa puas dengan
amal kita. Bagi kita, jika kita sudah berhijrah dari mat moto kepada mat masjid itu
sudah dikira baik. Dari perempuan yang seksi kepada yang menutup aurat sempurna
itu sudah dikira baik. saya tidak mahu mengambil contoh yang lain.
Saya melihat
sendiri saya sendiri. Dari bertudung biasa beralih ke tudung labuh, berstokin kaki dan tangan lengkap,baca
quran setiap hari, berpuasa sunat, dari ibadah wajib ke ibadah sunat segalanya
saya cuba praktikkan saban hari bagi lebih tampak sempurna penghijrahan saya sehinggalah sampai pada tahap saya rasa saya tak perlu buat apa-apa lagi
untuk memantapkan ibadah saya.Bagi saya hidup saya ini sudah cukup dengan melakukan
apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Dia larang ternyata saya silap sehingga saya terlupa
saya ini seorang hamba seorang manusia yang mana perjalanan hidup ini bukan
terhenti dengan tudng labuh, berkopiah berserban semata-mata tapi bagaimana untuk kita terus
belajar dan belajar lagi untuk merperbaiki akhlak kita, mumalat kita sesama yang
lain. Islam itu bukan dengan syariatnya yang menutup aurat,solat lima waktu dan membaca alquran sahaja tetapi ia lebih luas dari itu.
TERUS MELAKUKAN KEBAIKAN
Jika kita
sudah lengkap solat fardu lima waktu,cuba lengkapkan dengan yang sunat
Jika
sudah lengkap puasa fardhu lakukan yang sunat
Jika
setiap hari baca alquran cuba teleusuri makna disebalik ayatnya
Jika
sudah lengkap ilmu ibadah carilah ilmu fekah.Terokailah hadis-hadis nabi.
Ilmu
ini lagi dipelajari lagi banyak yang belum kita ketahui. Betapa luasnya ilmu
dan kalam-kalam Allah. Lakukan
dengan isitiqamah. JIka sesakali merasa futur cuba tepis dan carilah sokongan dari orang
terdekat. Gali semula punca mengapa kita sebegini. Apa niat kita disebalik
amal-amal kita. Adakah kerana terikut-ikut dengan budaya sekeliling, adakah
kerana sentap dengan teguran sesiapa, adakah hanya untuk menunjuk-nunjuk
sahaja. Carilah…maka anda akan bertemu dengan jawapannya.
"Jangan pernah penat melakukan kebaikan, jangan pernah bosan menjadi baik kerana kita tidak tahu dimanakah pengakhiran kehidupan ini. Saat leka bermaksiat atau saat hati lazat beribadat padaNya"
Moga Allah redha...
Comments
Post a Comment